Tuesday 11 September 2012

kenapa kebanyakan sikap lelaki berubah selepas berkahwin???




Salam... Topik hari ni mcm 'touching' la plak kn.. haha. Tp itulah kenyataan yg xdpt disangkal lg. Mmg kebanyakan lelaki akan berubah selepas perkahwinan. Janji sblm kahwin xkn berubah lah konon kn....hahahaa... Selain drpd curang, yg selalu kita dgr kaum wanita meluahkan isi hati mereka di facebook, twitter n blog, kaum lelaki juga senang berubah dari sikap dan layanan terhadap isteri.

Kalau sebelum kahwin, mmg la manis sgt...sweet memory la kn!!! Tp lepas kahwin, mlm2 bini kena tinggal jer kat umah kn. Asyik keluar ngadap kawan2 jer... dgn bini cepat lak bosan dia tp dgn kawan2, xde lak rs bosan kn...??? Pelik laaa org lelaki ni..... xtaw cne nk ckp.

Pastu, kaum lelaki ni sebelum kahwin janji punyalah manis...kata nak tolong sm2 menjaga hal2 rumahtangga tapi hakikatnya lepas kahwin, mmg sgt berbeza... semua isteri yg kena buat sedangkan Rasulullah S.A.W adalah sgt penyayang dan sgt mengasihi isteri2 baginda. Sentiasa membantu isteri2 baginda...

Lagi satu kn, perasan x orang lelaki ni mmg suka salahkan isteri kalau ada yg x cukup atau lengkap dlm rumah.. org pempuan ni kan byk benda nak buat, byk benda nak kena ingat...jd byk jugak org pempuan ni jadi pelupa... kadang tu, mcm stoking yg terlupa nak dibasuh sebab dicampak atau diletak merata2. Sang isteri ni dah tentu akan ingat nak angkat baju2 kotor dari bakul baju untuk dibasuh, betul x?? Tp terlupa akan stoking2 yg dicampak di tempat lain. Lelaki xkn salahkan diri mereka tp akan terus menyalahkan isteri sbb x 'alert' lah konon dgn keje rumahtangga.... Rs2nya, korang perasan x sikap lelaki yg mcm ni???

Byk cerita n kisah yg aku dgr dari org2 lain, dan dari pengalaman sendiri jugak. Smpi dlm hati kita blh terdetik dan terkecil hati, kurang sgt ker diri aku ni?? teruk sgt ker aku sbgi isteri dia?? rsnya aku dh cuba untuk jadi isteri yg terbaik bagi dia walaupun masih byk kekurangan,at least ada usaha utk jd yg terhebat. Tp masih dianggap isteri yg lemah... Pd sesiapa yg pernah mengalami atau mendengar kisah2 mcm ni, kita sebagai isteri terpaksa bertolak ansur, bersabar dan cuba untuk jadi yg lebih baik dari apa kita skrg.... Sbb setiap usaha, akan dibalas Allah S.W.T dgn balasan yg baik. Dan akhir sekali, kita kena banyak berdoa supaya kita sentiasa diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dlm menghadapi segala ujian drNya.... Semoga segala usaha kita dibalas dgn syurga ALLAH... Amin Ya Robb. Dan bagi kaum suami/bapa, fahamilah,sedarilah dan cubalah untuk meyelami isteri anda semua. Cubalah jadi suami yg terbaik untuk isteri2 anda. Isteri tidak mengharapkan lebih dari anda, cuma belaian kasih sayang dan sedikit belas dari anda sudah memadai bagi setiap isteri... Jadilah suami yg terbaik dan terhebat untuk isteri2 anda.... Amin Ya Robb........